My best friends.
Assalamualaikum dan selamat datang ke laman web saya. Pejam celik, pejam celik,sudah tiga tahun saya di bumi SMKA YAN.Segala
kenangan indah dengan rakan-rakan dan guru-guru,pahit manis dan pengalaman berharga semasa disini amat saya hargai.Setiap
perkara itu ada hikmahnya sendiri.
Saya berharap agar rakan-rakan dapat mendoakan kejayaan saya semasa saya berada di Institut
Pengajian yang lain.Biar di mana pun kita belajar,asalkan kita berjaya dunia dan akhirat.InsyaAllah saya akan ke sekolah baru
pada 21/2/07 nanti.
Jadi saya harap rakan-rakan saya yang saya sayangi dapat mencapai cita-cita masing-masing.
Kepada ahli BMI (Bengkel Minda Islam) saya ingin mengigatkan tentang ucapan terakhir saya
dahulu.Cubalah menjadi satu kumpulan yang dapat membangunkan syiar-syiar islam di dalam atau di luar kampus kita.Kenangan
saya bersama kamu semua tidak akan sesekali saya lupakan.Bantulah Ust.Rosli dalam apa jua keadaan sekali pun.
Akhir kata ,saya mendoakan antum semua sihat sejahtera.